Galaksi kerdil
Galaksi kerdil

Galaksi kerdil

Galaksi kerdil (Bahasa Inggeris: Dwarf galaxy) ialah galaksi kecil yang hanya memiliki ribuan ke beberapa bilion buah bintang berbanding dengan 200–400 bilion buah bintang dalam Bima Sakti.[2] Pembentukan dan aktiviti-aktiviti galaksi kerdil dikatakan dipengaruhi oleh interaksi dengan galaksi-galaksi lebih besar. Para ahli astronomi mengelaskan berbagai-bagai jenis galaksi kerdil berdasarkan bentuk dan komposisi galaksi.